AKHIRNYA KANTOI JUGA! Rupanya ini punca sebenar kematian Muhammad Firdaus tengah hari kelmarin

No Comments

Keputusan bedah siasat mendapati punca kematian remaja kurang upaya (OKU), Muhammad Firdaus Dullah, 16, disebabkan tersedak makanan apabila diserang sawan.

Pengarah Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS), Dr Ariffin Mohamad, berkata Muhammad Firdaus tidak sedarkan diri disebabkan saluran pernafasan tersumbat ketika makan tengah hari.

"Hasil bedah siasat mendapati Muhammad Firdaus tersedak makanan berbentuk pepejal.

"Buat masa ini kami sedang mengenal pasti sama ada makanan itu adalah nasi, lauk atau sebagainya," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di HTJS di sini selepas bedah siasat hari ini.


back to top