PALING MENGEJUTKAN! Apa yang dilakukan oleh Achey Bocey dan isterinya ke atas keluarga Allahyarham Harun Salim Bachik pasti buat korang terdiam tanpa seribu bahasa

No Comments

Sekiranya anda tidak tahu, bakat Achey telah digilap menerusi program Bintang Mencari Bintang di mana mentornya ialah Allahyarham Harun Salim Bachik. Tak salah untuk Abang Nara katakan, tanpa bimbingan Allahyarham, tak mungkin nama Achey akan bergelar juara Bintang Mencari Bintang serta popular seperti sekarang.

Pemergian Allahyarham Harun Salim Bachik pastinya memberikan impak yang besar kepada Achey. Namun Achey bukanlah seorang yang lupa daratan. Terharu Abang Nara mendengar apa yang telah dilakukan oleh Achey ini. Kata Achey:-

"Saya kerap juga menghubungi keluarga Allahyarham menerusi aplikasi WhatsApp. Kadangkala kalau berkesempatan, saya akan melawat mereka untuk bertanya khabar,” kata Achey.

Saya sebelum ini ada membuka perniagaan bersama Allahyarham iaitu Kotak Seni Network. Perniagaan ini, kami buat macam-macam. Kami keluarkan kemeja-T, kek, roti, pusat penjagaan kanak-kanak dan macam-macam lagi.

Selepas kematian Allahyarham Abang Harun, saya dan isteri berbincang dan memberikan keseluruhan share saya kepada keluarganya. Saya juga serahkan segala keuntungan dan modal kepada anak sulungnya untuk dibahagikan kepada keluarganya."


Sesungguhnya apa yang dilakukan oleh Achey ini harus dipuji. Apabila kita menyenangkan orang lain, Insya Allah hidup kita pun akan dipermudahkan. Tahniah Achey atas keprihatinan anda. Semoga semakin murah rezeki. Amin. 

back to top