Video: Kisah Sebenar Ibu Lumpuh Ditinggalkan Di Hotel Bajet Akhirnya Terjawab!

No Comments

Kucinghappy.com - Kasihan dan terkilan sangat-sangat. Itu yang aku rasa lepas tengok video susulan ibu lumpuh yang ditinggalkan. Bila terbongkarnya kisah sebenar, rasa kesian plak bila si anak ni kehilangan kerja disebabkan laporan akhbar yang berat sebelah.

Penderitaan yang ditanggung pemuda 27 tahun ini tiada siapa yang tahu. Dia hanya ada si ibu di sisi tatkala menghadapi kesusahan, tanpa bapa, tanpa sokongan saudara-mara. Apakah kita mampu menghadapi keadaan ini jika berada di tempat si dia?


Susulan ibu lumpuh ditinggalkan

Apa yang dilakukan si anak (tinggalkan ibu di hotel) adalah alternatif yang terbaik sebab dia tak mampu nak jaga si ibu kerana dia sendiri pun sakit.

Bila dilaporkan di akhbar, ramai yang membuat spekulasi sendiri tanpa menunggu dan melihat keadaan dari kedua-dua belah pihak. Menambahkan lagi derita si mangsa yang tak bersalah. Sungguh aku terkilan dengan keadaan ni. Masa tu si anak ni tak dapat dihubungi. So tunggulah dulu sampai ada cerita dari kedua-dua belah pihak.

Dari situ aku lihat lahirnya ramai pencerca dan penghina di youtube, di blog, di facebook dan macam-macam lagi. Bila terbongkarnya kisah sebenar, ke mana perginya golongan-golongan ini? Tak nak tolong ke pemuda yang terhimpit dengan kesusahan hidup tu? Tolonglah beri dia kerja untuk sara dia dan ibu dia.


Apa pun, baguslah Harian Metro berjaya bongkarkan kisah sebenar. Jangan sekadar melaporkan separuh jalan je sampai jadi fitnah dan dosa.


Kucinghappy: Maaf kalau terkasar bahasa. Harap benda ni dapat jadi pengajaran kepada kita yang masih ada ibubapa dan mana-mana pihak dan media massa agar lebih telus dan bukan sekadar mencari tajuk panas untuk melariskan jenama sendiri. Sumber

Tonton kisah sebenarnya yang berlaku di bawah:

  

back to top