Punca Sebenar Mat Salleh Mengamuk Pecah Cermin Kereta
Baru-baru ini satu video mat salleh memecahkan cermin kereta myvi seorang lelaki di susur keluar tol UPM Serdang menjadi viral di laman sosial.
Mengikut khabar angin mengatakan mat salleh bertindak sedemikian kerana perempuan yang berada disebelah pemandu kereta myvi itu bertindak biadap dengan menunjukkan isyarat “jari tengah” kepada mat salleh itu.
Tindakan itu menyebabkan mat salleh itu berang lalu menyekat kereta tersebut dan menyuruh pemandu kereta itu menurunkan cermin kereta namun tidak diendahkan. Mat salleh itu berang lalu memecahkan cermin kereta sisi dan depan kereta myvi itu.Tindakan itu mendapat kecaman dari pengguna laman sosial di Malaysia.