%Sering berjauhan dengan suaminya, Firos Ezzwan Rossly yang bekerja sebagai juruterbang membuatkan Misha Omar, 33, berasa dirinya lebih berguna. Justeru, dia sekarang semakin membiasakan diri malah mengakui seronok menjalani kehidupan berstatus isteri, ibu sekaligus suri rumah separuh masa.
Berkongsi lanjut mengenai kehidupannya kini, pelantun lagu Angin Syurga ini berkata, jika sebelum berkahwin segala jadual dan rutin hariannya banyak diuruskan kakaknya, Mimi yang juga merangkap pengurusnya. Namun, selepas berkahwin, dia dan Firos sepakat untuk hidup berdikari dan pindah ke rumah mereka sendiri yang terletak di pinggir ibukota.
Bagaimanapun, kerja Firos menuntut lelaki itu sering tidak dapat berada di rumah. Cukup memahami kerjaya suaminya, Misha tidak kekok menguruskan sendiri hal-hal rumah tangga sepanjang ketiadaan suaminya.
"Rupanya bila duduk di rumah sendiri, saya rasa diri saya lebih berguna. Dulu hidup saya diuruskan oleh pengurus saya tetapi selepas berkahwin dan berpindah di rumah sendiri, suami saya pula tidak selalu ada di darat, jadi saya menguruskan sendiri hal rumah tangga serta anak-anak.
"Misalnya, jika suami saya kerja, saya yang bayar bil, ambil dan hantar anak ke sekolah atau tuisyen dan sebagainya. Rupanya dalam masa hampir setahun ini, saya seronok jalani kehidupan saya sekarang dan suami pun menggalakkan saya berdikari.
"Memang pada mulanya terasa susah dan banyak hal yang saya tidak biasa lakukan sendiri tetapi lama kelamaan ia tidak jadi masalah," tuturnya ketika ditemui pada sidang program terbaharu Astro Warna, Juara Parodi, di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur, semalam.
Sungguhpun sudah biasa berjauhan dengan Firos dalam tempoh tiga atau empat hari, Misha akur dengan tuntutan kerja suaminya sejak dua minggu lalu yang mana Firos telah ditugaskan ke Istanbul selama tiga bulan.
"Satu pengalaman baru bagi dia apabila dapat peluang bekerja di luar negara dan ia juga satu yang baru buat saya kerana sejak kahwin, ini kali pertama kami berjauhan dalam tempoh yang lama. Biasanya dia akan pergi

bekerja selama tiga atau empat hari dan pulang bercuti selama 48 jam.
"Sejak dua minggu lalu, dia telah ditugaskan bekerja dengan penerbangan Turkish Airline. Dalam tempoh tiga bulan ini sebenarnya dia berpeluang untuk pulang kerana saya difahamkan dia akan bercuti selama empat hari. Tetapi dia memilih untuk tidak mahu pulang memandangkan jarak dan perbezaan masa yang suntuk.
"Saya pun tidak kisah kerana saya sangat memahami kerjanya. Kalau dia balik pun nanti, tiada banyak masa dapat diluangkan bersama kami sekeluarga. Jadi, saya dan anak-anak lebih suka jika dia pulang selepas tempoh tiga bulan itu berakhir nanti," katanya yang kini berimej berambut pendek.
Misha dan Fairos mendirikan rumah tangga pada 2 Mei 2014. Misha juga mempunyai dua orang anak angkat iaitu Mohammad Adam yang kini sudah berusia 9 tahun dan Latifah, 3 tahun 2 bulan.
Sementara itu, mengenai Juara Parodi, Misha merupakan satu-satunya penyanyi wanita yang akan menyertai program unik yang mengabungkan barisan penyanyi dan pelawak hebat tanah air menyahut cabaran dalam program realiti komedi muzik itu yang akan ditayangkan mulai 6 November ini.
Mengulas penyertaannya dalam program itu, Misha menyifatkan Juara Parodi sebagai sebuah platform yang baik untuk dirinya menimba pengalaman dan ilmu pengetahuan untuk menjadi penyanyi vesatile di samping mengubat kerinduan peminat.
"Mulanya saya berfikir banyak kali juga sebelum bersetuju untuk meyertai program ini. Alangkah seronok juga kerana dapat berjumpa rakan-rakan artis dalam kalangan pelawak dan penyanyi.
"Memang bukan sesuatu yang mudah sebenarnya tetapi saya merasakan program ini juga sebagai satu gedung ilmu yang baik untuk saya menggali ilmu pengetahuan untuk menjadi penyanyi 'versatile'. Begitu juga, bagaimana untuk mencari sisi-sisi kreatif dalam diri saya bergabung tenaga dengan pelawak-pelawak hebat tempatan yang memberikan sesuatu yang membara dan tentunya menyeronokkan.
"Selain itu, kemunculan saya mungkin dapat juga mengubat kerinduan peminat memandangkan agak lama saya tidak muncul dengan album atau single baharu.
Selama ini saya tidak ke mana-mana, masih ada. Cuma, saya banyak membuat persembahan koporat berbanding muncul di kaca televisyen," katanya yang turut memaklumkan bakal tampil dengan album baharu, sikit masa lagi.