Lelaki 45 tahun ini diisytiharkan meninggal dunia oleh doktor setelah koma, namun dengan kuasa Allah SWT dia hidup kembali saat dibedah siasat

No Comments
Nyaris maut….seorang pesakit terselamat dari maut hanya beberapa minit sebelum bedah siasat dilakukan ke atasnya, selepas doktor yang merawatnya telah melakukan kesalahan mengisytiharkannya meninggal dunia di Mumbai.

Lelaki itu yang tidak dinamakan, berusia 45 tahun telah ditemui tidak sedarkan diri di stesen bas akibat jangkitan di telinga dan tidak bermaya.

Dia kemudiannya dibawa ke hospital oleh polis dan diisytiharkan meninggal dunia oleh Dr Rohan Rohekar selepas memeriksa nadinya.

Doktor terbabit kemudiannya mengarahkan `mayat’ itu dibawa ke rumah mayat, bertentangan dengan peraturan hospital yang mengkehendaki mayat ditahan di wad biasa selama dua jam untuk tempoh bertenang.


Namun ketika lelaki itu sedang disediakan untuk bedah siasat, dua pembantu perubatan terkejut apabila mendapati dia bernafas. Mereka kemudiannya berlari ke wad biasa dan memaklumkan kepada doktor.

Mari tonton video di bawah :-



Dr Rohan pula pada masa sama dituduh mengoyak laporan kematian itu dan turut memadamkan kemasukannya ke wad selepas menyedari dia melakukan kesilapan.

Malah pegawai polis yang tiba di hospital untuk memfailkan laporan kemalangan itu telah dihalang memasuki wad oleh staf di hospital terbabit.

“Ia jelas satu kes serius kecuaian yang dilakukan oleh doktor.

Kita telah meminta pengarah hospital untuk mengambil tindakan terhadap pihak yang bertanggungjawab dalam insiden ini.

“Sebaik sahaja laporan siap, kita juga akan mengambil tindakan,’’ kata pegawai polis Inspektor Yeshudas Gorde

back to top