Minggu lepas, Maria Farida didakwa oleh satu laman gosip sebagai perampas suami dan peruntuh rumahtangga pengasas KR Beauty Care iaitu Karen Rahman. Menurut gosip itu Maria turut menggunakan ayat guna-guna (mandrem) untuk mendapatkan lelaki berkenaan. Pada awalnya ramai yang seakan tidak mengambil peduli akan gosip tersebut tetapi perkara ini telah disahkan sendiri oleh Karen menerusi akaun Facebooknya bahawa Maria telah merampas suaminya.
Semalam, Melodi TV3 telah menemubual Maria Farida dengan anak-anak Karen untuk mendapatkan penjelasan sebenar dari mereka. Maria mengakui dia dan bekas suami Karen sedang menjalinkan hubungan. Apabila ditanya mengapa dia membiarkan dirinya dituduh merampas suami Karen kerana duit dan gilakan harta, dia menafikannya:-
Kerana saya tahu ia tak benar. Saya bekerja dah 25 tahun. Saya boleh survive. Saya boleh besarkan anak dengan duit hasil penggambaran sahaja. Jika saya nak kaya-raya, dah lama saya kahwin. Saya mencari seseorang yang boleh betul-betul sayang saya kerana diri saya yang sebenar.Saya dah terfikir bahawa orang ramai akan menyalahkan saya. Mereka bercerai, saya tiada kena-mengena. Saya tidak rampas suami sesiapa. Orang yang tuduh saya itu sudah dua kali cerai. Dia saja nak burukkan nama saya.Dia mendakwa saya yang mengganggu dan hancurkan rumahtangganya. Itu tidak benar. Dia kata saya berhubung dengan suaminya. Sudah tentu saya berhubung dengan mereka berdua kerana kami memang rapat sejak dua tahun lepas termasuk dengan anak-anaknya. Suaminya ialah majikan saya (Maria ialah bekas duta produk keluaran Karen Rahman dan bekas suaminya)Ikuti komen-komen dari anak-anak perempuan Karen Rahman tentang ibu mereka dengan membaca entri ini sepenuhnya.Maria turut menafikan bahawa dia mengatur langkah untuk menghubungi bekas suami Karen dengan niat jahat:-