Hanya kerana selimut, lelaki cacat OKU dipukul dan disembur racun serangga bekas isterinya

No Comments

Hanya kerana selimut, seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) bisu & pekak mendakwa dirinya dipukul menggunakan penyangkut baju plastik oleh bekas isteri di bahagian lengan dan bahu di rumah mereka di Bandar Baru Kubang Kerian pada 5 November 2014.

Mohd Bazely Mohamed Amin, 28, yang bisu dan pekak sejak lahir memberikan keterangan menggunakan bahasa isyarat di Mahkamah Majistret di sini menggunakan khidmat jurubahasa untuk menterjemahkan soalan dari pihak pendakwaan dan pembelaan serta jawapan yang diberikan oleh mangsa, semalam, lapor Harian Metro.

Bazely mendakwa, dia juga turut disembur dengan penyembur serangga oleh bekas isterinya, Noor Ashiqin Azmi, 25, sebelum pergi ke rumah ibunya di Bachok dan mengakui pergaduhan itu berlaku kerana isteri mahukan selimut.

Noor Ashiqin bagaimanapun tidak mengaku bersalah di atas tuduhan itu. Pasangan terbabit telah bercerai selepas dua bulan berkahwin.

Menurut Bazely, kejadian itu adalah pertama kali berlaku. Namun sebelum itu, Bazely mendakwa bekas isterinya itu sering menyembur penyembur serangga termasuk ketika dia sedang berada di dalam bilik air. 

Bazely juga menafikan yang dia pernah mengasari isterinya termasuk menolak tertuduh sehingga terjatuh sehingga menyebabkan wanita itu mengalami keguguran sebelum kejadian itu.

"Saya tidak pernah menolaknya. Setahu saya, dia tidak mengandung dan saya pun tidak tahu dia mengandung," katanya.

Perbicaraan di hadapan Majistret Mohamad Nasrudin M

back to top