[BREAKING NEWS]...Selepas 7 Murid Orang Asli hilang, kini Guru Besar pula turut hilang sejak 6 hari lalu

No Comments

Operasi mencari dan menyelamat guru besar sebuah sekolah rendah di Keramat, Kuala Lumpur, Jashiah Rabu yang hilang sejak enam hari lepas di Taman Seri Seruling, di sini diteruskan. 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu, Kamil Hamadan, berkata pencarian diteruskan di beberapa kawasan termasuk di hutan simpan Bukit Kutu dan perkampungan Orang Asli. 

Kekuatan seramai kira-kira 50 orang terdiri daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Sukarelawan Malaysia, renjer hutan, penduduk dan Pegawai Pendidikan Daerah ditugaskan dalam operasi mencari dan menyelamat pada hari ini. 

"Semua agensi terlibat dibahagikan kepada tiga kumpulan untuk melakukan pencarian," katanya sambil menambah operasi mencari dan menyelamat diteruskan mengikut keadaan cuaca. 

Seorang saksi penjaga kandang lembu yang hanya dikenali sebagai Zainal berkata, dia pernah melihat wanita itu berjalan di luar kawasan kandang lembu tetapi tidak menyangka wanita itu akan hilang. 

Katanya, pada ketika itu wanita berkenaan kelihatan tidak terurus. 

"Saya biasa nampak dia di kawasan sekitar tetapi sebelum dia dilaporkan hilang, saya ada melihat dia berjalan melalui kawasan kandang lembu ini dan menuju ke perkampungan Orang Asli," katanya. 

Media sebelum ini melaporkan mangsa berusia 53 tahun yang tinggal di Taman Seri Seruling kelihatan murung sejak kebelakangan ini dipercayai kesan pengambilan ubat rawatan barah yang dihidapinya.

Selanjutnya: BH

back to top