AKHIRNYA TERBONGKAR! Sungguh mengejutkan kami...Tak sangka ini punca sebenar Pengasas Sendayu Tinggi, Rozita Ibrahim buka purdah secara tiba-tiba selepas 3 tahun memakainya

No Comments
Rozita Ibrahim, yang merupakan pengasas perniagaan Sendayu Tinggi, telah berkongsi sebab dan punca sebenar mengapa beliau mengambil keputusan untuk tidak lagi berpurdah.


Kenapa Saya Buka Purdah? Penjelasan Rozita Ibrahim

Menurut wanita berusia 41 tahun itu, tidak mudah sebenarnya untuk beliau berhenti berpurdah serta-merta namun atas nasihat tiga orang yang arif tentang agama, Rozita akhirnya berhenti juga berpurdah.

Mari baca penjelasan panjang lebar Rozita Ibrahim, pengasas syarikat kecantikan Sendayu Tinggi tentang sebab dan punca sebenar beliau tidak lagi memakai purdah.

Rozita Ibrahim ketika berpurdah

Budaya berpurdah bukan budaya di negara ini dan ia lebih dikaitkan dengan Al Arqam, Pas atau anti kerajaan.. Saya memang tidak pernah menyertai Pas, Al Arqam atau mana-mana politik.

Saya tidak arif dan bukan ahli agama, niat hati hanya satu iaitu mendidik hati dan terus menyemai rasa cintakan Islam..!!

Bukan mudah mendidik hati.. Iman itu ada pasang surutnya, hati ini tak tetap pendiriannya..

Saya tidak mahu hati seronok bila dipuji dan tidak mahu bangga sebagai orang yang dikenali.

Apabila berpurdah ketika itu amatlah selesa kerana orang tidak mengenali saya. Rasa selamat bila bergerak keluar dari rumah dan tidak menjadi perhatian orang ramai kemana saja saya pergi.

Banyak kecaman hebat saya terima, akibat berpurdah. Antaranya kecaman yang saya terima ialah
  1. Muka saya rosak akibat kosmetik yang saya pakai..
  2. Kalau nak berubah kenapa nak tutup muka..
  3. Kenapa pakai make up lagi kalau dah pakai purdah..MASALAH SAYA SEMASA BERPURDAH

Saya pernah membeli siaran tajaan di stesen radio klasik nasional.. Kontrak 6 bulan, semua sudah diluluskan. Selepas bersiaran 3 kali, mereka membatalkan kontrak tanpa alasan.

Saya ingin membeli siaran RTM dan TV3 untuk mempromosikan produk keluaran ST dan JRM. Mereka tidak membenarkan berpurdah sama sekali.

Alasannya “Negara kita berbilang kaum dan agama.. Bagi menghormati orang yang bukan beragama islam maka purdah tidak dibenarkan”

Saya jawab “Bagaimana pula kalau orang islam atau bukan islam yang berpakaian seksi .. kenapa dibenarkan ?? Bukankah itu lebih teruk akibatnya dari saya menutup muka, kerana boleh menyebabkan gejala sosial yang lebih teruk, seperti merangsang keinginan seks sehingga berlakunya rogol dan zina.. Setahu saya, islam agama rasmi negara kita kan..??

Jawab mereka “ Itu saya tak tahu.. Itu pihak atasan punya arahan”.. Disini saya melihat dan merasakan hak mempertahankan maruah dan agama “Islam” itu sangat kecil jika dibandingkan menjaga hak orang bukan islam lebih bermakna dan dihormati ..

Bukan itu saja memakai Niqab juga menyukarkan urusan perniagaan dalam dan diluar negara. Mereka menganggap orang islam adalah pengganas. 

Semasa saya di Air Port Guang Zho saya bersolat (tiada tempat solat saya terpaksa solat ditempat terbuka) 3 orang polis merapati saya ketika solat. Mungkin melihat saya dengan purdah dan jubah hitam, manakala suami saya bersongkok putih..

Semasa bersarapan di hotel saya di datangi seorang wanita cina muslim Malaysia (Eksport Biskut) dan boleh berbahasa kantonis “Kalau nak berniaga tak boleh pakai macam ni, saya kat Malaysia pakai tudung.. 

Kat sini saya buka..Terpaksa..Mana-mana negara mereka tak mahu berniaga dengan kita”.. Saya diam tanpa sebarang komen..

Setelah 3 tahun berpurdah, saya terpaksa membuka purdah selepas meminta pandangan dan diberi penjelasan oleh 3 orang yang arif dalam hal agama. Katanya “muka dan tapak tangan bukan aurat wanita”.

Diharuskan bagi saya untuk membuka purdah jika untuk tujuan memudahkan perniagaan dan memakai purdah itu adalah sangat banyak kebaikannya dalam mengelakkan fitnah.
Wa Allahu'alam..

back to top