Pengakuan tersebut telah menjadi viral apabila ia dapat ditonton di saluran YoTube sejak dimuat naik bermula pada 24 Mei lalu. Aktor berusia 43 tahun itu memberitahu hal tersebut semasa upacara ulang tahun di Gereja Bethel Indonesia (GBI) Ecclesia.
Keputusannya itu tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak termasuklah isterinya, Pricillia Pullunggono yang beragama Kristian. Ia adalah simpulan pencarian rohani yang berlangsung selama beberapa tahun. Beliau juga tersentuh dengan pengorbanan Jesus di mana beliau mengorbankan diri untuk “umatnya”.
Malah, Lukman yang juga merupakan anak kepada lagenda biola Indonesia, Allahyarham Idris Sardi telah meluahkan hasrat beliau untuk menukar agama kepada arwah bapanya semasa beliau masih hidup.
Saya memilih untuk ‘percaya’ sekitar enam tahun yang lalu. Ayah adalah orang yang paling kecewa kerana dia adalah seorang yang alim. Pesannya kepada saya supaya bertanggungjawab dengan pilihan sendiri.
Berikut adalah 5 foto terbaru Lukman Sardi setelah keluar dan pindah dari Islam.